Friday, March 30, 2012

Will You Marry Me ?

hey , hari ni aku nak share dengan korang satu video , memang aku cakap terbaik lah . The Cutest , The Sweetest , The Bestest . seriously aku jeleous tahu . alangkah bahagia hidup aku kalau aku kat tempat perempuan tu . haihh ~ ( berangan kuat ) . korang tengok sendiri la video ni . aku yang tengok ni pun menangis :') , korang pulak ?

 :
 ada tak lagi lelaki macam ni sekarang ? -,-' kalau ada email kat aku . hahaha . joking :D

Thursday, March 29, 2012

Dasar Tak Tahu Malu

memang tak tahu malu la budak ni , seluar tak pakai , tayang kat orang sana-sini . ingat lawa sangat dah tu . hahaha ~ 

tajuk entry ni bukan berkenaan budak tak pakai seluar tu , kesian budak yang jadi mangsa aku . maaf ! maaf ! maaf ! :)

berdasarkan pengajian yang telah aku buat selama hmm , lebih kurang 1000 tahun ( ayat tak boleh blah macam skema esei SPM kan ? ) memang kebanyakan lelaki di luar sana tak tahu malu . ye dop ? eh eh korang yang lelaki/jantan tu sabar dulu , jangan nak provoke aku . belum habis cerita lagi la .

1)habis madu sepah dibuang
 gini lah kan manusia bak kata pepatah tu ! malas nak citer panjang lebar sebab dah terang tang tang kan maksud nye disitu . lelaki/jantan kat luar sana korang jangan ingat perempuan ni macam barbie doll yang ala ala sweet gitu yang korang suka , sayang lepastu lama-lama korang dah tak suka campak dalam longkang . perghhh , sadis beb . ini memang sadis . lagi sadis kalau kau lelaki tu . haihh ~


2)sekadar teman penghibur duka
ini yang paling aku angin ni , angin dalam angin luar semua keluar . eceh , start ayat perempuan . manis weh , sampai boleh kena kencing manis tahu . bunga-bunga bagai nak rak , nak tunjuk kau jiwang la tu , suruh perempuan cair macam aiskrim , meleleh ye dok . kau tahu kan perempuan ni senang je nak ejas , kau try ibarat kau petik jari , sekelip mata kau dapat . senang tak senang . ish ish ish . kalau kau sepi kau cari dia , tu yang buat dia rasa macam kau jatuh hati kat dia . bila kau ada yang lain , yang lebih baik , kau tinggalkan terkontang-kanting minah tu . sedih beb !

3)dah ade awek tapi berlagak macam takde
sori lah , aku bukan nak kasar ke apa eh , tapi rasa geram , marah membuak-buak kalau lelaki buat perangai gini . sakit je hati aku ni . agak-agak la der , dah ada awek , tak payah nak gatal sangat , berlagak lebih macam kau takde awek . terang tang tang ade relay kau tu dekat info . perghh main angin betul mamat ni . boleh pulak cakap 'diam-diam dah la , jangan bising-bising okay' . fuhhhh ! apa ingat perempuan ni takde hati , yang kau boleh cakap sesuka hati .

4)cemburu
ni lagi satu . kau cemburu melampau lah sayang . sini sikit nak cakap ni , kau bajet macam perempuan ni awek kau . tu dah lebih . kau tak bagi curang bagai lah . memang boleh blah sangat ayat kau , tapi kenyataannye kau ? aku malas nak cakap , kau fikir sendiri der .

prinsip hidup aku satu je Forgive and Forget . that's all . nak balas balik pun tak guna . bukan dapat pahala , dapat dosa . buat rugi aku je weh . memang senang nak melupakan kau tapi susah nak melupakan kenangan kau dan aku .

p/s : sekadar luahan rasa hati , kepada yang terasa , maaf banyak-banyak deh :)


Wednesday, March 28, 2012

Boleh ke Jatuh Cinta Dengan BestFriend

Korang ada best friend ? Mesti ada kan , nampak sangat korang tipu kalau korang cakap takde . Tapi maksud aku ni lain , bestfriend yang berlainan jantina lah , pernah feelin' jatuh cinta dengan diaorang tak ? hehehe ~

Sebagai contoh lah kan : ada sorang lelaki dan sorang perempuan ni , Diaorang ni berkawan punya lah baik dah lama dah , sejak sekolah rendah sampai lah masuk universiti berkawan . Cup cup , dapat tahu yang lelaki ni jatuh cinta dekat perempuan tu or yang perempuan tu jatuh cinta dengan lelaki tu .


1) Salah Seorang Taknak Bercinta 
Ini sangat-sangat berisiko . Bila kau dah confess cinta kau dekat kawan baik , tiba-tiba si dia (perempuan/lelaki) ni taknak kat korang. Macam mana perasaan korang masa tu ? mesti berderai , berkecai , macam - macam ber lagi lah . Friendzoned ? kah kah kah


Dia anggap kau ni kawan baik je , kau pulak nak lebih-lebih . Banyak persoalan yang berada di minda , banyak tanda tanya dan juga kata kerja . lalalala ~ Baiklah persoalannya : Adakah korang masih berkawan lepas tu ? Ya , masih berkawan . Adakah korang masih baik seperti dulu ? Tidak , korang akan rasa awkward , rasa malu , rasa marah , semua rasa ada . takde satu rasa pun yang tertinggal . hehehe  

2) Sayang,
Katakan lah si dia pun rasa nak berkapel dengan korang jugak . dua-dua bersetuju nak saling sayang-menyayangi . (konon)

Tapi sayang ni ada banyak . Sayang dekat kawan-kawan ni sangat-sangat berbeza dengan sayang dekat couple . Kalau sayang dekat mak ayah lagi lah lain . Kau buat salah dekat mak ayah pagi ni , petang karang okay je makan nasik sama-sama kan ? Jadi 'Sayang' ni banyak definisi , jangan sampai salah tafsir pulak .

Tapi, aku masih tak boleh lagi nak proses dalam otak ni macam mana "sayang kawan" tiba-tiba bertukar jadi "sayang sebab couple" . ye lah , dah nama pun kawan baik kan . Ada ke yang bahasakan kawan dia 'saya awak' ? Takde kan , even kalau ade pun sebijik sebuntat je lah . Gerenti korang bahasakan diri 'aku kau' dengan kawan kan ?

Pada suatu hari , tiba-tiba korang berkapel .  Nak panggil apa ? Dah lima enam tahu korang berkawan panggil 'aku kau' tiba-tiba rasa awkward gila-gila babeng . Lagi awkward bila pasangan suruh panggil dengan panggilan manja-manja . Contohnye 'honey biy' 'baby bie' 'sayang anje' 'mama papa' . 

mama papa lah sangat . sejak bila korang ada anak ? projek usahasama pun belum dilancarkan lagi . hahaha~

3) Risiko Percintaan Putus Di Tengah Jalan 
dah kenapa ayat aku ni skema esei SPM ? grrr . bak kata lagu Aiman-Cinta Terakhir , ' mungkinkah terputus di tengah jalan' ataupun 'tergantung tak bertali' ?



"Alah adik alah bang , rasa awkward panggilan manja-manja ni kejap je lah . Lama-lama okey lah tu bila dah biasa" .

“Friendship to love , always . But love to friendship , never .” Dan dari apa yang aku nampak , kebanyakan orang yang dah putus ni memang takkan berkawan dah dengan ex diaorang . Betul tak ? Aku pun dah experience la weh , tapi aku kawan jek lagi dengan ex aku , tapi tak bermakna aku kembali kat diaorang balik or aku ada hati pada diaorang , kawan gitu-gini je sebab prinsip hidup aku tak nak bermusuh dengan siapa-siapa .

Dari elok ada kawan baik a.k.a "bestfriend" tiba-tiba sebab cinta yang sekejap , korang hilang kawan baik tu . perghh . sadis , ini memang sadis . merangkak korang menangis .

4) Kahwin dengan kawan baik 
Orang putih kata , "Friendship is the best foundation for love" . Nanti bila dah kahwin pasangan tu akan paham korang , tahu apa yang korang nak , dan tahu apa yang korang taknak .



Untuk lebih selamat , korang tak payah kapel . Kalau korang nak kahwin baru lah korang bagitahu si kawan baik tu .

Thursday, March 8, 2012

Percutian Romantik ke Jeju Island

harini tetiba gatal pulak jari jari comel ini nak update blog . apa korang rasa tentang tajuk itu ? SUWEET MUWEET kan ? haha :D memang best kalau dapat pergi bercuti kat Jeju Island yang cantik itu bersama dengan yang tersayang , tak lain tak bukan suami ittew . hehe :D # gatal . pakwe pun aku takde lagi nak cedok mana pulak suami . # joke . tidak lah aku just nak share impian aku yang "BIAR MIMPI SAMPAI KE BINTANG" ni . bukan apa aku dah lama tanam angan angan aku yang insyaAllah jadi kenyataan ni . korang korang doakan untuk aku eh ? Amin . kalau korang tengok 'secret garden' ataupun 'playfull kiss' dalam tu ada scene scene dekat Jeju Island ni , tu la yang buat aku eksaited macam orang gila tak sabarnye nak g honeymoon dengan future husband aku . hewhew ~


awak awak kalau ada banyak duit kita nak duduk kat hotel ni tau * credit to my future husband 


jalan jalan kat sini seronok * macam la aku pernah pegi kan ? sentap -,-'


awak awak ni la tempat yang paling saya suka , kalau malam malam cantik sangat * dah diam 


awak awak nanti kita jalan jalan kat sini , buat lagak macam filem bollywood okay tak ? haha

ada rezeki nanti kan korang , insyaAllah aku akan sampai ke Jeju Island . 

* dear future husband , saya tak kisah kalau awak yang sederhana itu lebih baik dari bongkak mangkak kan ? kalau awak tak kaya pun takpe , kita married kita kumpul duit sama sama kita g honeymoon kat sana ye ? kalau tak handsome pun takpe tapi sejuk mata saya memandang dah cukup , sebab kalau awak handsome sangat , saya takut orang lain dengki dengan saya , nanti kang ada pulak yang nak cuba cuba nasib dengan awak . jangan sesekali tau , saya cemburu ! hehe :b kalau boleh saya nak tersenyum selalu bila saya tengok senyuman awak yang comel itu . biarlah awak memahami saya , terima saya yang seadanya . saya nak awak tengok diri saya yang sebenarnya sebab saya bukan retis yang berlakon depan awak supaya awak terima saya . even kalau saya merajuk pun , saya nak awak pujuk , sebab saya merajuk tak lama , cuma nak tengok awak sayang ke tak kat saya tu je . kalau boleh awak belajar lah jadi romantik sebelum jumpa saya , sebab itu yang saya suka . saya ni manja sikit , perlukan kasih sayang dan perhatian dari awak . saya tak suka awak sia-siakan saya bila kita dah kahwin nanti . 

awak jangan buat mende yang tak elok sebelum jumpa dengan saya . lepastu jangan nak gatal gatal sangat dengan perempuan perempuan kat luar sana . cubalah untuk jadi yang setia ye awak . sebab nanti kita akan bersama jugak akhirnya . awak baik baik kat luar tu ye . jaga diri . saya tunggu awak datang kat saya bila tiba masanya okay . harap awak bersabar ye  . saya akan jaga diri saya baik baik sebelum jumpa dengan awak .  ILOVEYOU FUTURE HUSBAND :*

p/s : isnin ni aku final exam , gatal tangan update pasal future husband , haha , memang tak lah kan . sumpah lawak der ! -,- okay ni serius . doakan aku berjaya . Amin :)



Saturday, March 3, 2012

Jika Masa Itu Milik Saya

hey , im back . terasa keseronokan nya dapat balik rumah . online tanpa had . sukasuka . boleh la i update cerita cerita yang dah lama nak share dengan you alls . eksaited weh :D  entry kali ni pasal " jika masa itu milik saya " . i nak sangat masa yang pernah kita lalui dulu menjadi milik kita balik . i rinduu sangat saatsaat itu . entah kenapa , bila i sorangsorang , i akan teringat every moment that we had together , really don't know why . eheh korang yang baca ni , jangan fikir lain pulak tau . actually , i rinduu sangat persahabatan i yang lama tu :'( kalau boleh nak menangis pun ada .

kita selalu bersama , i know you pun melalui kawankawan i , they introduce me to you , tak tahu pulak kan , yang kita ni boleh jadi teman tapi mesra . hehe . kita pun banyak persamaan . you dengan i samasama kurus , kuat makan , tapi tak gemukgemuk jugak kan ? dulu kita selalu jalan samasama , gelak pun samasama , orang selalu ingat kita kapel , tapi sebenarnya tak . dulu kan masa you stress or tension , you selalu ajak i lepak , pegi makan . kalau bukan sebab you yang ajak i turun , i takkan datang tau . betapa bermakna nye persahabatan you dengan i .

you tahu tak , kita selalu hangout samasama . harihari pulak tu , mana i tak rindu kan you ? sometimes you make me gilaa bayang . arghhh -,- what the feeling is that ? i try to be the best ever for you . ingat lagi kita g makan McD , KFC ramairamai , happening sangat . dulu i suka makan mcflurry , we are sharing this , you pulak suka makan ayam goreng McD .apa yang you suka and tak suka semua i tahu .


masa kita hang dekat ECM dulu , kita jalan samasama tak ingat orang lain dah . laju gilaa kita jalan , round setiap shop yang ada dalam ECM tu . i takde gambargambar nak letak sebab semua nye dalam DSLR you . memang penat kan tapi i happy dengan you , sebab i rasa dunia ni i yang punya . you pernah mintak robot yang cantumcantum tu untuk birthday present you . if i ada duit masa tu , memang i akan belikan untuk you , tapi masa tu memang i pokai . i'm so sorry . kalau hujung minggu je kita mesti pergi tengok wayang ramairamai . haritu kan kita tengok cerita The Smurfs 3D . best kan ? makan popcorn . miss the moment . errr -,-


lagilagi kita g pasar malam ramairamai . beli makanan banyakbanyak lepas tu semua kekenyangan . nasib kita tak membazir . time bulan puasa , harihari bukak puasa samasama . ingat lagi tak favourite kita , ikan pari asam pedas , roti boom , tea'o beng gelas besar . fuhhh ! memang kuat makan . banyak peristiwa yang terjadi time bukak puasa tu , sedih , happy , lucu semua i ingat . then , waktu kita sembilan orang g high-tea dekat hotel . seriously , i miss it so bad . malammalam jumaat yang sepatutnye baca yaasin ke mengaji ke , tapi kita tak , boleh lagi lepak gazebo , ceritacerita hantu . kau orang mampu ? hahaha . banyak sangat kenangan pahit manis selama kita berkawan dulu . 







i tak pernah menyesal sikit pun kenal dengan you dengan korang semua . sebab you alls the best ever i had met .

i know every single thing about you . even you the worst part of you  i accept it the way you are .


i wish i had miss you right now .

*credit to you AH !




if i give up on you right now , i afraid that no one loves you like i did .

i sentiasa caring tentang you , sekarang i rasa jauh dengan you . you nampak lain , makin kurus and makin tak terurus . if you busy sekalipun , jangan sampai macam tu . i nak you yang dulu . if i ada peluang , i nak jaga you .

i mengharapkan sebuah persahabatan akan berkekalan , tapi i kecewa bila antara kita , masingmasing buatbuat tak kenal and dah bawak haluan masingmasing dan yang paling i terkilan sekali semuanya sibuk mengejar cinta . manusia memang tak pernah nampak yang ada kat depan mata ni kan ? apa ertinya persahabatan kita dulu ? adakah sekadar teman dikala susah ? i hope if you sedar tentang hal ni , you berubahlah . i nak you SEPERTI DULU okay . i nak kita kawan macam dulu lagi :'( 

this come from my soul . sory guys kalau i macam ni . but i want all of you yang baca , faham apa yang i lalui sekarang okay . it hurts much . 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...