Tuesday, May 15, 2012

Selamat Hari Guru


hello dan assalamualaikum

memandangkan hari ini tanggal 16 Mei 2012 yang juga merupakan Hari Guru Sedunia jadi aku pun turut menyibukkan diri untuk update entry pasal ini ye . aku nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru yang pernah mengajar aku sejak aku menuntut di Tadika Kemas Taman Muhibbah , Methodist Girl's School , dan SMK Tengku Kudin . ucapan ni ditujukan khas kepada the queen and the prince of my heart iaitu my mom and my dad . yaaa , my mom and my dad , dua-dua cikgu ye .

nak letak gambar mereka , takde pulak . sebab mereka belum balik kerja dan aku tak wish lagi kat dorang . hihi . terima kasih atas segala ilmu dan tunjuk ajar , dan besarkan aku dengan baik sekali kerana aku telah menjadi semakin comel dan semakin berguna . terima kasih tak terhingga .



sebenarnye aku malu nak ucap kat parents aku . kenapa aku pemalu ? memang aku malu la . tak tahu kenapa , padahal parents sendiri . dah jangan tanya lagi .

p/s : aku bangun lambat so aku tak sempat nak jadi orang yang pertama yang wish dekat parents aku :(

Trip to Pulau Langkawi Part 3


hello dan assalamualaikum :)

tiba-tiba dengan penuh semangat nye nak sambung update entry yang dahulu . alangkah malasnye nak buat sambungannye dan alangkah indahnye jika ada orang nak tolong taipkan untuk aku .

Day 3 jam 0630 macam biasa lah rutinnya mandi solat subuh dan jam 0730 turun breakfast .

cuba lihat sekalian makanan di atas meja tu . kebulurrr
alhamdulillah , lepas semua dah kenyang , pergi snap some picture kat pool nak buat kenangan

ala-ala nampak pool sikit
done with this , angkat beg terus check-out . then terus gerak ke Dataran Lang . punyalah ramai nak ambik gambar dengan helang . baru je ambik gambar sikit hari dah panas , berpeluh-peluh kat situ , padahal baru jam 1030 kot . gambar-gambar ala kadar seperti di bawah :


snap sini snap sana terus pergi ke Taman Lagenda Langkawi . memang penat ye berjalan dalam ni , dah lah tersalah jalan , main masuk melulu je , takde tengok-tengok peta . rasa-rasa dah turun sekilo kot untuk patah balik . kat sini ada banyak replika-replika yang aku tengok kat sini . nak upload banyak susah , sebab loadingnye teramat sangat lembap ye . jadi aku mohon maaf .

tinggi kan aku ?
snap-snap sikit , posing ala-ala model dengan muka berpeluh , berminyak . huhhh buat rosak gambar , tapi takpe asalkan muka comel . nak keluar balik punya lah mengah-mengah , berapa kilometer aku jalan . mungkinkah 3km pergi balik . sebab dah tak larat nak jalan terus mintak pak sedara ambik dekat pintu gerbang . rasa macam nak pengsan je .

lepas tu , gerak ke Makam Mahsuri . tiket nye murah je Dewasa RM5 , Kanak-kanak RM2.50 .

Makam Mahsuri
 dalam ni ada orang buat macam-macam kuih langsung . makna nya dia buat terus untuk dijual panas-panas . sedappp . rindu nak makan kuih-kuih ni .

makcik ni buat kuih loyang

makcik ni buat kuih karas
makcik ni buat kuih telinga keling . kuih peberet aku .
kesian aku tengok makcik-makcik ni duduk buat kuih mesti panas . aku ambik gambar pun semua muka masam je . bila orang nak beli kuih , bila orang tanya , nak taknak  je jawab .

lepas ke Makam Mahsuri ni terus gerak ke Langkawi Airport sebab flight kitorang jam 1530 . on the way nak ke airport singgah kejap di Langkawi ViewPoint nak cuci-cuci mata nak tengok pemandangan indah pulau ni .

Langkawi Airport dari viewpoint
cukup jalan-jalannye , jam 1330 terus ke airport . check-in luggage . dua jam tunggu dekat departure hall memang buat aku kebas bontot . sambil-sambil tu snap sikit .

suka budak kecik ni pose : Aina Saheera

masing-masing buat hal sendiri
harap maaf Day 3 ni tak banyak sangat berjalan lagipun flight departure jam 1530 , jadinye tak banyak benda yang nak diceritakan . sesampai je LCCT duduk dulu beli makan-makan sebab semuanye kebuluran terutama aku ye . jam 1830 bertolak ke Sentul , sampai rumah pun dah maghrib . alhamdulillah selamat sampai .

p/s : aku malas nak update sebenarnye tapi ikutkan hati nak habiskan sambungan entry . terima kasih .


Oh My English


hello dan assalamualaikum

nak kongsi sedikit pasal Oh My English ni yang akan bersiaran secara langsung pada 20 Mei ini di Astro TVIQ . haa korang , aku nak ajak korang tonton episod Oh My English ni beramai-ramai sebab ianya penuh dengan gelak tawa sambil kita belajar . bab kata pepatah "sambil menyelam minum air" lepas aku tengok di sebalik tabir Oh My English ni , aku rasa rancangan ni best . tu yang nak invite korang sekali . jom ! aku ni pun tak pandai berbahasa Inggeris , speaking pun kadang-kadang broken English . kalau nak interview memang tak lah . memang aku gagap lah jawabnye . mungkin rancangan ni sedikit sebanyak dapat membantu .

Astro TVIQ , 610 Ahad 10 pagi


Bukan nak cakap English tu penting sampai tak reti cakap bahasa ibunda . Tidak sama sekali .
Bahasa Melayu tu penting jugak , tapi being able to speak in English is an added value to everyone’s capability . Sedar tak sedar , perkataan-perkataan dalam Bahasa Melayu kita ni pun kebanyakkannya derive dari bahasa Inggeris .

orang Melayu kita ni semua pandai . dorang boleh buat mixed sentences menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris . maknanya korang pandai lah kan . jadi untuk lebih pandai sila lihat lebih lanjut di Oh My English . program yang berunsurkan komedi dan sambil itu kita belajar ye .

Barisan pelakon :


sebagai Mazlee

sebagai Shafik

dari kiri sebagai : Farouk , Jibam dan Sew Yew Soon

jadi apa tunggu lagi , nantikannya Ahad ini di Astro TVIQ Channel 610 jam 10 pagi . ajak adik , abang , mak sedara , pak sedare , tok ma , tok pa , tok wan sekali . kalau boleh orang-orang kampung pun ajak jugak . pakat tengok ini ye . sama-sama kita berkongsi ilmu . pastikan anda terhibur dengan rancangan ini .

p/s : saya sudah berjanji , anda bila lagi ? cepat cepat . Good Luck :)


Tips Rawat Bibir Kering


hello dan assalamualaikum :)

entry harini aku nak kongsi pasal bibir kering , sebab aku pun selalu mengalami nye . satu je masalah aku bila bibir kering , jari aku ni gatal-gatal nak kopek kulit kering nye tu . selagi tak berdarah , selagi tu tak berhenti . aku ada beberapa tips nak elak bibir kering ni . so im just sharing because it's caring .

bukan bibir sebenar

1) Gunakan krim atau pelembap
untuk bibir kering , selalunye aku akan gunakan vaseline yang korang boleh dapati di watsons , guardian dan etc . vaseline senang sebab dia kecik dan everytime aku akan bawak kemana saja aku pergi . sapu sekerap mungkin , tak kisah lah korang kat tempat sejuk ke tempat panas ke . kalau boleh elakkan pelembap bibir yang ada perisa macam strawberi , mint , lemon dan sebagainya supaya korang tak jilat bibir korang sampai kering . rasa tak penting , yang penting bibir korang tu ye . 

aku guna yang ini
elakkan guna yang berperisa

2) Pelindung
sebabkan sinaran matahari kita memanchorrr yang boleh mengering dan membakar kulit , kalau cari pelembab tu cari yang ada SPA 15 ye .

3) Hidrasi
aku nasihatkan korang banyakkan minum air kosong ye . ni korang suka sangat minum air manis termasuklah aku sebab air manis ada rasa kan , air kosong apa rasa . ye tak ?

minum banyak-banyak sampai kembung perut k

4) Jangan Merokok
vahaya vahaya ! yang lelaki baik berhenti merokok , yang perempuan mungkin tak ada lah kan . kalau korang merokok nanti ia akan menyerap minyak semula jadi yang ada pada bibir . tu sebab bibir korang jadi kering dan hitam .

lagi orang kata jangan lagi tu dia nak merokok
bibir hitam reject terus

5) Konsultansi
ni cara yang terbaik kalau memang bibir korang kering tahap kronik betul ye , seeloknye pergi jumpa doktor  . bukan apa takut-takut kalau korang ada alahan .

6) Jilat
ni rata-rata yang korang buat iaitu jilat bibir termasuklah aku . konon-konon nak feeling2 basah sebab nak nampak shinee dari jauh , padahal makin kering adalah . so elakkan menjilat bibir ye .

seram nye bibir dia
p/s : bagi sesiapa yang alami bibir kering , boleh lah cuba tips2 di atas , mungkin ianya dapat membantu . terima kasih :)

Monday, May 14, 2012

#1 One Word



CRYING is the best part of life. It links to our feeling either we are happy or sad.





Saturday, May 12, 2012

10 Alasan Terbaik Saat Tanpa Kekasih


hello dan assalamualaikum :)


entry harini , ditujukan kepada yang masih single ataupun oredi mingle terutamanya macam aku ni *special case* mwehehe :D aku just nak kongsi pengalaman yang "aku masih sendiri , kini masih sendiri , hadapi hidup ini..." pun bolehhh . 


1) Makan , makan dan makan ?
katakan pada diri , "who cares?" kerana korang bebas nak makan apa je makanan kegemaran tanpa sebarang larangan k . tak perlu la korang nak hipokrit or berdrama bagai berdiet semata-mata nak ambik hati pasangan sedangkan selera makan korang membuak-buak macam aku ni . memang takde siapa akan larang korang makan piza or whatever yang korang mengidam . "percayaaalahhh..."


heaven sangat . yeahhh !


2) Kurang Berdrama
ni yang paling best bagi aku la , bagi korang aku tak tahu la pulak . hihi . yang best sangat korang tak payah melalui saat-saat yang menyakitkan hati tengok life ex korang ataupun kapel korang dekat FB , twitter and etc . status single membuatkan korang kurang berdrama dan kurang sakit hati . tapi I is type yang suka berdrama , ala-ala dalam filem gituuu ;) berangan nak jadi pelakon sangattt . korang pun ada hak nak kumpul seramai mana pun sahabat yang korang nak  .


lagi banyak drama , lagi aku suka . Happening sikit ;p




3) Jimat Wang
korang tolak tepi je hal dok sibuk canang cerita pasal nak beli hadiah special setiap kali bergaduh semata-mata nak pujuk si dia yang merajuk . korang kena berterima kasih pada hidup single korang sebab ia bantu korang savings daripada waktu-waktu tengah in love tuuu .
tapi macam mana single aku pun , duit tetap mengalir deras dari air lagi . haharr ;O


banyak ni je aku savings , sedihhh :'(

4) Kawan Biar Seribu
ni satu kelebihan korang dapat berkawan seramai mungkin tanpa dikongkong oleh "kapel-2" korang tu ye , Ohhh , ya ! berkenalan dengan orang baru memang seronok . sape-sape je boleh teman korang tengok wayang . mesti syok habis .


ramai tak kawan aku ? k tipuuu je :)

5) Lebih Banyak Masa Bersama Sahabat
ni lah masalah orang bercinta . sikit-sikit mengadu dorang tak banyak masa untuk kawan-kawan , mana tak nye kalau 24 jam berkepit dengan pakwa macam dah kahwin je . ex : macam aku *asyik aku je kan* memang banyak masa yang akan terbuang la sebab lepak dengan kawan-kawan .

6) Lebih Berdikari
hidup single ni secara tak langsung ajar korang cara untuk lebih berdikari ye . selalunya kalau berkapel ni nak bergantung satu sama lain even nak buat something or nak selesaikan masalah pun (sesetengah je) ada pulak yang bashhh aku karang . hikhik . peace yawww ! apalah sangat menjadi orang yang manja berbanding dengan orang yang hidup berdikari . k I is manja . ni tak tipu :p

tengok aku berdikari *cough* muntah darah
7) Bebas
kalau single ni korang mempunyai kebebasan seperti kin chin nye punnn yang "bebas , bebas , bebasss" . takde siapa yang kawal tindak-tanduk atau ambik tahu mana korang nak pergi except parents *special case* hidup single lagi bahagia , sebab korang boleh buat keputusan sendiri tak perlu nak jadi pak turut ataupun mak turut yang ikut je apa yang orang suruh macam lembu dicucuk hidung tu .

aku bebas , bebass , bebass . jangan sampai terbabas dah  k
lembu pun pakai subang k . ahahaa :D

8) Kurang Emosional
sape kata hidup single ni "jiwa kacau" haa ? meh nak lepuk sikit . ni lain k . korang single takyah nak gaduh-gaduh , menangis bagai orang mati anak , salah faham ? ni semua takde . single ni satu je , takyah sibuk nak jaga hati orang lain , ataupun diri sendiri kecil hati . jaga hati sendiri , dan ibu bapa lebih afdhal gituuu . aku ni type yang emosi jugak tapiii kalau tengok drama or filem yang touchy2 lah eh . hehew :p

shewammm :O

9) Fokus Kepada Belajar
*cough* eh tersedak pulak . yang couple2 tu (certain) mesti ada yang susah nak bahagi masa antara cinta dengan belajar kan , sibuk itu ini , last-last bercinta entah ke laut belajar entah ke tasik . hehe . cakap orang aku pun sama . tapi case aku lain sikit , aku tak bercinta tapi aku kuat main . yelaaa hidup kita enjoy ! banyak sangat enjoy , belajar pun entah meraban ke mana . ishhh3 .

gigihnye aku *kelip-kelip mata*

10) Jadi Diri Sendiri a.k.a Be Yourself
bercinta dengan orang yang materialistik or type yang pentingkan branding je buat apa , boleh bawak masuk kubur eh ? kalau macam ni semua orang dalam dunia ni memang hipokrit la kalau nak sama taraf je . hidup single ni buat korang jadi diri sendiri , tak perlu nak pura-pura bagai semata-mata nak sama taraf je . darjat dan pangkat tak penting . yang penting hati yang ikhlas tu insyaAllah .

follow this :)
i am to be me , mine and myself :')
p/s : ini hanyalah pendapat aku k . siapa yang setuju , kita sep sikit . jyeahhh :*

Thursday, May 10, 2012

Trip to Pulau Langkawi Part 2


hello dan assalamualaikum :)


harini malas nak bermadah helah , terus straight to the point okay . nanti kalau bermadah-madah lambat pulak habis ceritanya . ni aku nak sambung part entry yang lalu , alang-alang aku dah rajin ni . hehe .


Day 2 jam 0630 bangun solat subuh , mandi-mandi then terus siap-siap untuk turun breakfast kat cafe . nak-nak lagi makan free kan , memang banyak sangat aku makan pagi tu . dengan nasik goreng , mee goreng , kuetiow , omelette , roti bakar planta plus jem strawberi and jus mangga . yesss ! aku makan banyak ? *gosok2 perut* who cares ? perut aku kan :D  sori takde picture nak letak sebab time breakfast ni tak bawak turun DSLR .


after breakfast naik bilik balik nak tukar baju siap-siap nak g destinasi seterusnya . otw nak pergi ke Gunung Mat Chinchang , kitorang singgah jap dekat Nusantara Gamat , tengok proses pembuatan minyak gamat , then belilah apa yang patut .


ni abam aku . baru je turun van sibuk suruh tangkap gambar dia :D
k wan aku pandang tepi , pastu ade makcik alek kanan hujung tu nak interframe jugak
tak tahu nak tulis apa , Love :)


siap-siap beli gamat , kitorang gerak ke Gunung Mat Chinchang dekat Oriental Village . sampai-sampai je , "oh hatiku hancur berderai , kesedihan ku bla blaa blaaa" rupanya cable car dekat situ under maintainance 17 Apr - 30 Apr , sadis beb . uwaaa :'( kitorang tak tahu menahu pun , kalau kitorang tahu , dah lama extend holiday . nampaknye kena jejak kaki lagi sekali la kat Langkawi ni . atototoo .

entrance nak ke cable car . masuk free je k
pandangan dari bawah je yang mampu :'(

apalagi , da takde apa nak buat , pusing-pusing dalam Oriental Village , banyak jugak pose-pose kat sini , tapi apakan daya nak masukkan semua gambar-gambar itu , bersaiz besar dan loadingnye memang seperti siput babi berjalan , eh eh belum tentu berjalan , mengengsot ya , itu yang pastinya .


after that , gerak g taman buaya pulak . yang terbesar k . tapi tak masuk pun . pose gambar sikit bagi nampak sign taman buaya je . kejadah nak masuk jam 1200 yang tengah panaihh panaihh melengit tu . memang tak la nak kena sunburn kan , lagipun kena jalan jauh . takde atap pulak tu . kalau pepagi lagi dah menapak kat sini tu acceptable lah kan .


k nampak sign belakang tu pun jadilah :)


lepas tu , singgah dekat Kampung Ayer Hangat , nak rendam-rendam kaki kejap . feeling kat spa lah sangat . phewww lega . tiba-tiba sepupu aku lelaki yang 8 tahun ni duduk gode-gode atas batu , agaknya hilang imbangan , gedebukkk . pushhh air merecik . drama tak aku ? ahahaha . memang sakit perut gelak . basah lencun seluar dia . nasib ada jual seluar kat situ . 


destinasi seterusnya ialah Bird Paradise or Taman Hidupan Liar , masuk tempat macam ni manade yang free , semuanye berbayar k . tapi tak ingat la harga tiket nye . showyyy much k . penlupa dah aku ni . masuk je terus dapat bergambar dengan parrot . saat aku pegang parrot tu , nama dia Wendy , rasa macam lemah longlai tangan aku , aku rasa macam "haaaa hiasan sanggul bla blaa blaaa" berat kot parrot putih tu , kerana menahan berat terpaksa buat muka comel yang memang comel nak pose untuk gambar kitorang . ahaha :D dah diam :|


dalam Bird Paradise . k aku lagi yang takde :(
habis jalan kat sini , straight pergi Dataran Lang , tapi malang si lebai malang tiba-tiba hujan lebat . adushhh , lama pulak tu , tak jadi turun , terus balik kondo . malam tu jam 0730 keluar pergi beli-belah tingkap je kat Billion , then dinner kat Restoran Aji , aku cerita kat korang , makanan kat situ berbaloi dengan harganya . dah lah banyak , murah pulak tu . ishhh3 , apa lagi korang nak . haa apa lagi , "jangan tunggu lama-lama , nanti lama-lama bla blaa blaaa" . siap makan terus balik .

end of Part 2 . nanti the end nye Part 3 aku sambung bila ada masa k . have a nice day :)


Tuesday, May 8, 2012

Wordless Wednesday !


hello dan assalamualaikum :)



p/s : forgive and forget . yesss , that's me . love is around me . love that never leave me . Thank you , LOVE :')

Awesome !


hello dan assalamualaikum :)


ini adalah antara klip video yang aku rasa paling awesome penah aku tengok k . Sesaat Kau Datang : Ramlah Ram ft. Sleeq . kenapa aku rasa klip video ni awesome ? haihh -,-' cuba tengok  betul-betul *bulatkan mata anda*  dalam video klip ni semua model dia pakai tudung k . cantik sangat plus plus aweshomee . auwww *melting* 

p/s : aku suka Sleeq . dua-dua handsome . aku nak sorang je tapi kalau dapat dua-dua pun apa salahnya . k aku pewashannn much . kbhaii :D


Trip to Pulau Langkawi Part 1


hello dan assalamualaikum :)


lama dah rasanya tak beradu kat blog ni . ehihi . bukan apa sejak dua tiga menjak ni busy sangat . k sangat tu tipu ye . busy je . niat di hati memang nak update blog tapi tak sampai seru . alang-alang duduk depan tv sambil tengok Dumex Chef Cilik Komplete Nutri ni curik-curik masa sikit nak makeup blog ni . 


28 Apr - 30 Apr haritu , aku ada trip dengan family aku g langkawi je k . yela aku pun belum pernah menapak lagi kat langkawi kan . ni first time . alhamdulillah akhirnya dapat jugak aku merantau di negeri orang .


Day 1 , 0430 bertolak dari Kondominium Sentul Utama ke LCCT . pagi gila aku bangun , mata semua kuyu-kuyu lagi . nak buat camane , flight jam 0730 . sampai je LCCT jam 0530 terus berkejar nak security check and solat subuh lagi . ingatkan lapang je rupanya penuh dengan lautan manusia . phewww . bila dah sampai dekat area gate tu , solat subuh then breakfast sandwich homemade je . 

on the way nak naik flight . posing dulu
some pictures yang sempat tangkap
dalam flight . abaikan pipi dah tembam k . laki belakang tu handsome .
welcome to Langkawi Airport . nampak tak ada yang hilang kat situ ? k aku la tu :(


sampai kat Langkawi Airport jam 0830 terus gerak breakfast sebab semua lapar k . nak nak lagi aku . pusing-pusing cari kedai makan then jumpa satu restoran ni . orang kedah breakfast dorang memang nasik eh ?

aku minum teh tarik je .
ni nasik keduli kot . lauk udang sekor dengan sotong . aku share je dengan abang aku . 
lepas makan-makan terus g destinasi berikutnye , iaitu Underwater World Langkawi . nasib hujan-hujan manje a.k.a renyai je :)


posing depan entrance . yeayyy *jumping* aku ada

jalan-jalan dalam ni lama jugak la . dalam dua jam jugak . sebab besar tempatnya . macam-macam jenis hidupan laut ada dalam ni . harga tiket Dewasa : RM28 , Kanak-kanak : RM22 itu kalau tak silap . cubalah jejakkan kaki kat sini , lagi-lagi kalau bawak budak kecik , pasti dorang terhibur .

dah habis tu kitorang g makan dekat sebuah kedai ni , yang uniknya hidangan dia layan diri . macam-macam lauk pauk ada . sedappp . air pun layan diri . memang dah siap semuanya la . best . then . jam 1430 terus g check-in dekat Country Suria Kondominium .

ni kondo yang kitorang menginap untuk dua malam
siap ada swimming pool lagi .
bilik suite dalam kondo .



whoaaa , kondo ni memang best . nak-nak lagi kitorang dapat level 11 . memang syok lah , boleh tengok laut , kapal layar , Dataran Lang . memang seronok . bila naik lif je , nak naik yang transparent tu , mulalah gayat . phewww . rasa macam jantung tertinggal kat bawah je . shewammm ! lol


turun je nak check-in tiba-tiba stroller sepupu yang comey lote tu takde . Pak sedara ingat dia dah masukkan stroller tu , rupa-rupanya tertinggal dekat parking lot Underwater World . Ya Allah kitorang semua cemas . Tuhan je yang tahu , dah lah stroller tu mahal . At last pak sedara pergi balik cari kat sana , then alhamdulillah terjumpa . memang syukur sangat-sangat takde orang yang ambil .


aktiviti malam pulak , takde apa sangat . just keluar g Haji Ismail Group shopping coklat dan Langkawi Saga . Ya Allah , heaven sangat . sebab kat situ syurga coklat . rasa macam nak ambik je semua coklat , tapi apakan daya duit poket tak banyak . just ambik yang betul-betul nak je . tu pun sampai seratus lebih terbang macam cium-cium angin . ehihi


beli pulak mangga muda tepi kedai tu , macam mengidam pulak dah . sedap . kecur air liur . hmmm . jam 2130 , cadangnye nak dinner kat Restoran Nelayan , sampai-sampai je penuh dengan orang yang tak dapat-dapat lagi makanan . rasa macam malas nak tunggu then terus g makan kat kedai biasa je . even kedai tu biasa je , tapi makanan dia sedap . bayangkan lauk yang ada atas meja : 2 ekor ikan siakap tiga rasa , 2 set tomyam campur , 2 set kailan ikan masin , 2 set telur bistik , 1 set sup tulang . perghhh , kau orang yang baca mesti tengah telan air liur kan ? k aku tahu tu :p aku yang menaip ni apatah lagi . ahahhaa .


that's all for Day 1 Trip to Langkawi . terima kasih kerana sudi membaca :)






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...