Saturday, May 12, 2012

10 Alasan Terbaik Saat Tanpa Kekasih


hello dan assalamualaikum :)


entry harini , ditujukan kepada yang masih single ataupun oredi mingle terutamanya macam aku ni *special case* mwehehe :D aku just nak kongsi pengalaman yang "aku masih sendiri , kini masih sendiri , hadapi hidup ini..." pun bolehhh . 


1) Makan , makan dan makan ?
katakan pada diri , "who cares?" kerana korang bebas nak makan apa je makanan kegemaran tanpa sebarang larangan k . tak perlu la korang nak hipokrit or berdrama bagai berdiet semata-mata nak ambik hati pasangan sedangkan selera makan korang membuak-buak macam aku ni . memang takde siapa akan larang korang makan piza or whatever yang korang mengidam . "percayaaalahhh..."


heaven sangat . yeahhh !


2) Kurang Berdrama
ni yang paling best bagi aku la , bagi korang aku tak tahu la pulak . hihi . yang best sangat korang tak payah melalui saat-saat yang menyakitkan hati tengok life ex korang ataupun kapel korang dekat FB , twitter and etc . status single membuatkan korang kurang berdrama dan kurang sakit hati . tapi I is type yang suka berdrama , ala-ala dalam filem gituuu ;) berangan nak jadi pelakon sangattt . korang pun ada hak nak kumpul seramai mana pun sahabat yang korang nak  .


lagi banyak drama , lagi aku suka . Happening sikit ;p




3) Jimat Wang
korang tolak tepi je hal dok sibuk canang cerita pasal nak beli hadiah special setiap kali bergaduh semata-mata nak pujuk si dia yang merajuk . korang kena berterima kasih pada hidup single korang sebab ia bantu korang savings daripada waktu-waktu tengah in love tuuu .
tapi macam mana single aku pun , duit tetap mengalir deras dari air lagi . haharr ;O


banyak ni je aku savings , sedihhh :'(

4) Kawan Biar Seribu
ni satu kelebihan korang dapat berkawan seramai mungkin tanpa dikongkong oleh "kapel-2" korang tu ye , Ohhh , ya ! berkenalan dengan orang baru memang seronok . sape-sape je boleh teman korang tengok wayang . mesti syok habis .


ramai tak kawan aku ? k tipuuu je :)

5) Lebih Banyak Masa Bersama Sahabat
ni lah masalah orang bercinta . sikit-sikit mengadu dorang tak banyak masa untuk kawan-kawan , mana tak nye kalau 24 jam berkepit dengan pakwa macam dah kahwin je . ex : macam aku *asyik aku je kan* memang banyak masa yang akan terbuang la sebab lepak dengan kawan-kawan .

6) Lebih Berdikari
hidup single ni secara tak langsung ajar korang cara untuk lebih berdikari ye . selalunya kalau berkapel ni nak bergantung satu sama lain even nak buat something or nak selesaikan masalah pun (sesetengah je) ada pulak yang bashhh aku karang . hikhik . peace yawww ! apalah sangat menjadi orang yang manja berbanding dengan orang yang hidup berdikari . k I is manja . ni tak tipu :p

tengok aku berdikari *cough* muntah darah
7) Bebas
kalau single ni korang mempunyai kebebasan seperti kin chin nye punnn yang "bebas , bebas , bebasss" . takde siapa yang kawal tindak-tanduk atau ambik tahu mana korang nak pergi except parents *special case* hidup single lagi bahagia , sebab korang boleh buat keputusan sendiri tak perlu nak jadi pak turut ataupun mak turut yang ikut je apa yang orang suruh macam lembu dicucuk hidung tu .

aku bebas , bebass , bebass . jangan sampai terbabas dah  k
lembu pun pakai subang k . ahahaa :D

8) Kurang Emosional
sape kata hidup single ni "jiwa kacau" haa ? meh nak lepuk sikit . ni lain k . korang single takyah nak gaduh-gaduh , menangis bagai orang mati anak , salah faham ? ni semua takde . single ni satu je , takyah sibuk nak jaga hati orang lain , ataupun diri sendiri kecil hati . jaga hati sendiri , dan ibu bapa lebih afdhal gituuu . aku ni type yang emosi jugak tapiii kalau tengok drama or filem yang touchy2 lah eh . hehew :p

shewammm :O

9) Fokus Kepada Belajar
*cough* eh tersedak pulak . yang couple2 tu (certain) mesti ada yang susah nak bahagi masa antara cinta dengan belajar kan , sibuk itu ini , last-last bercinta entah ke laut belajar entah ke tasik . hehe . cakap orang aku pun sama . tapi case aku lain sikit , aku tak bercinta tapi aku kuat main . yelaaa hidup kita enjoy ! banyak sangat enjoy , belajar pun entah meraban ke mana . ishhh3 .

gigihnye aku *kelip-kelip mata*

10) Jadi Diri Sendiri a.k.a Be Yourself
bercinta dengan orang yang materialistik or type yang pentingkan branding je buat apa , boleh bawak masuk kubur eh ? kalau macam ni semua orang dalam dunia ni memang hipokrit la kalau nak sama taraf je . hidup single ni buat korang jadi diri sendiri , tak perlu nak pura-pura bagai semata-mata nak sama taraf je . darjat dan pangkat tak penting . yang penting hati yang ikhlas tu insyaAllah .

follow this :)
i am to be me , mine and myself :')
p/s : ini hanyalah pendapat aku k . siapa yang setuju , kita sep sikit . jyeahhh :*

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...