Tuesday, May 8, 2012

Trip to Pulau Langkawi Part 1


hello dan assalamualaikum :)


lama dah rasanya tak beradu kat blog ni . ehihi . bukan apa sejak dua tiga menjak ni busy sangat . k sangat tu tipu ye . busy je . niat di hati memang nak update blog tapi tak sampai seru . alang-alang duduk depan tv sambil tengok Dumex Chef Cilik Komplete Nutri ni curik-curik masa sikit nak makeup blog ni . 


28 Apr - 30 Apr haritu , aku ada trip dengan family aku g langkawi je k . yela aku pun belum pernah menapak lagi kat langkawi kan . ni first time . alhamdulillah akhirnya dapat jugak aku merantau di negeri orang .


Day 1 , 0430 bertolak dari Kondominium Sentul Utama ke LCCT . pagi gila aku bangun , mata semua kuyu-kuyu lagi . nak buat camane , flight jam 0730 . sampai je LCCT jam 0530 terus berkejar nak security check and solat subuh lagi . ingatkan lapang je rupanya penuh dengan lautan manusia . phewww . bila dah sampai dekat area gate tu , solat subuh then breakfast sandwich homemade je . 

on the way nak naik flight . posing dulu
some pictures yang sempat tangkap
dalam flight . abaikan pipi dah tembam k . laki belakang tu handsome .
welcome to Langkawi Airport . nampak tak ada yang hilang kat situ ? k aku la tu :(


sampai kat Langkawi Airport jam 0830 terus gerak breakfast sebab semua lapar k . nak nak lagi aku . pusing-pusing cari kedai makan then jumpa satu restoran ni . orang kedah breakfast dorang memang nasik eh ?

aku minum teh tarik je .
ni nasik keduli kot . lauk udang sekor dengan sotong . aku share je dengan abang aku . 
lepas makan-makan terus g destinasi berikutnye , iaitu Underwater World Langkawi . nasib hujan-hujan manje a.k.a renyai je :)


posing depan entrance . yeayyy *jumping* aku ada

jalan-jalan dalam ni lama jugak la . dalam dua jam jugak . sebab besar tempatnya . macam-macam jenis hidupan laut ada dalam ni . harga tiket Dewasa : RM28 , Kanak-kanak : RM22 itu kalau tak silap . cubalah jejakkan kaki kat sini , lagi-lagi kalau bawak budak kecik , pasti dorang terhibur .

dah habis tu kitorang g makan dekat sebuah kedai ni , yang uniknya hidangan dia layan diri . macam-macam lauk pauk ada . sedappp . air pun layan diri . memang dah siap semuanya la . best . then . jam 1430 terus g check-in dekat Country Suria Kondominium .

ni kondo yang kitorang menginap untuk dua malam
siap ada swimming pool lagi .
bilik suite dalam kondo .



whoaaa , kondo ni memang best . nak-nak lagi kitorang dapat level 11 . memang syok lah , boleh tengok laut , kapal layar , Dataran Lang . memang seronok . bila naik lif je , nak naik yang transparent tu , mulalah gayat . phewww . rasa macam jantung tertinggal kat bawah je . shewammm ! lol


turun je nak check-in tiba-tiba stroller sepupu yang comey lote tu takde . Pak sedara ingat dia dah masukkan stroller tu , rupa-rupanya tertinggal dekat parking lot Underwater World . Ya Allah kitorang semua cemas . Tuhan je yang tahu , dah lah stroller tu mahal . At last pak sedara pergi balik cari kat sana , then alhamdulillah terjumpa . memang syukur sangat-sangat takde orang yang ambil .


aktiviti malam pulak , takde apa sangat . just keluar g Haji Ismail Group shopping coklat dan Langkawi Saga . Ya Allah , heaven sangat . sebab kat situ syurga coklat . rasa macam nak ambik je semua coklat , tapi apakan daya duit poket tak banyak . just ambik yang betul-betul nak je . tu pun sampai seratus lebih terbang macam cium-cium angin . ehihi


beli pulak mangga muda tepi kedai tu , macam mengidam pulak dah . sedap . kecur air liur . hmmm . jam 2130 , cadangnye nak dinner kat Restoran Nelayan , sampai-sampai je penuh dengan orang yang tak dapat-dapat lagi makanan . rasa macam malas nak tunggu then terus g makan kat kedai biasa je . even kedai tu biasa je , tapi makanan dia sedap . bayangkan lauk yang ada atas meja : 2 ekor ikan siakap tiga rasa , 2 set tomyam campur , 2 set kailan ikan masin , 2 set telur bistik , 1 set sup tulang . perghhh , kau orang yang baca mesti tengah telan air liur kan ? k aku tahu tu :p aku yang menaip ni apatah lagi . ahahhaa .


that's all for Day 1 Trip to Langkawi . terima kasih kerana sudi membaca :)






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...