Thursday, March 8, 2012

Percutian Romantik ke Jeju Island

harini tetiba gatal pulak jari jari comel ini nak update blog . apa korang rasa tentang tajuk itu ? SUWEET MUWEET kan ? haha :D memang best kalau dapat pergi bercuti kat Jeju Island yang cantik itu bersama dengan yang tersayang , tak lain tak bukan suami ittew . hehe :D # gatal . pakwe pun aku takde lagi nak cedok mana pulak suami . # joke . tidak lah aku just nak share impian aku yang "BIAR MIMPI SAMPAI KE BINTANG" ni . bukan apa aku dah lama tanam angan angan aku yang insyaAllah jadi kenyataan ni . korang korang doakan untuk aku eh ? Amin . kalau korang tengok 'secret garden' ataupun 'playfull kiss' dalam tu ada scene scene dekat Jeju Island ni , tu la yang buat aku eksaited macam orang gila tak sabarnye nak g honeymoon dengan future husband aku . hewhew ~


awak awak kalau ada banyak duit kita nak duduk kat hotel ni tau * credit to my future husband 


jalan jalan kat sini seronok * macam la aku pernah pegi kan ? sentap -,-'


awak awak ni la tempat yang paling saya suka , kalau malam malam cantik sangat * dah diam 


awak awak nanti kita jalan jalan kat sini , buat lagak macam filem bollywood okay tak ? haha

ada rezeki nanti kan korang , insyaAllah aku akan sampai ke Jeju Island . 

* dear future husband , saya tak kisah kalau awak yang sederhana itu lebih baik dari bongkak mangkak kan ? kalau awak tak kaya pun takpe , kita married kita kumpul duit sama sama kita g honeymoon kat sana ye ? kalau tak handsome pun takpe tapi sejuk mata saya memandang dah cukup , sebab kalau awak handsome sangat , saya takut orang lain dengki dengan saya , nanti kang ada pulak yang nak cuba cuba nasib dengan awak . jangan sesekali tau , saya cemburu ! hehe :b kalau boleh saya nak tersenyum selalu bila saya tengok senyuman awak yang comel itu . biarlah awak memahami saya , terima saya yang seadanya . saya nak awak tengok diri saya yang sebenarnya sebab saya bukan retis yang berlakon depan awak supaya awak terima saya . even kalau saya merajuk pun , saya nak awak pujuk , sebab saya merajuk tak lama , cuma nak tengok awak sayang ke tak kat saya tu je . kalau boleh awak belajar lah jadi romantik sebelum jumpa saya , sebab itu yang saya suka . saya ni manja sikit , perlukan kasih sayang dan perhatian dari awak . saya tak suka awak sia-siakan saya bila kita dah kahwin nanti . 

awak jangan buat mende yang tak elok sebelum jumpa dengan saya . lepastu jangan nak gatal gatal sangat dengan perempuan perempuan kat luar sana . cubalah untuk jadi yang setia ye awak . sebab nanti kita akan bersama jugak akhirnya . awak baik baik kat luar tu ye . jaga diri . saya tunggu awak datang kat saya bila tiba masanya okay . harap awak bersabar ye  . saya akan jaga diri saya baik baik sebelum jumpa dengan awak .  ILOVEYOU FUTURE HUSBAND :*

p/s : isnin ni aku final exam , gatal tangan update pasal future husband , haha , memang tak lah kan . sumpah lawak der ! -,- okay ni serius . doakan aku berjaya . Amin :)



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...